Menjelang pembentangan Bajet 2023, kerajaan disaran memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan kesihatan.<br /><br />Pada masa sama, kerajaan juga diharap dapat menyalurkan dana untuk membantu golongan yang sangat memerlukan seperti ibu tunggal, veteran tentera dan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).<br /><br />Beberapa warga Ipoh yang ditemui berharap ada berita gembira untuk lebih ramai rakyat dalam Bajet 2023 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.